Pages

Tuesday, November 16, 2010

Thursday, November 11, 2010

Kisah " Pemuda dan Professor"



Setelah penat membaca nota2, ana surflah laman web iluvislam.com dan terbaca sebuah cerita yang sangat menarik, memberi impak dan memotivasikan diri. Cerita penuh boleh dibaca di sini. Pengajaran-pengajaran yang boleh dijadikan iktibar:


1) Jangan sombong dengan kelebihan atau nikmat yang Allah berikan.

Ketahuilah bahawa Allah mengurniakan kita dengan kelebihan bukan untuk kita berbangga dan memandang rendah orang lain yang tidak setanding dengan kelebihan yang kita ada. Sesungguhnya golongan sebegini boleh dikategorikan sebagai riak. Walaupun kita mempunyai pendidikan yang tinggi janganlah kita merasai kita sudah sempurna kerana banyak lagi ilmu-ilmu yang belum kita pelajari. Seperti diceritakan dalam cerita di atas, profesor tersebut pakar dalam pendidikan dan kewangan tetapi tidak tahu ilmu berenang. Mungkin pemuda yang buta huruf dan miskin tersebut menyelamatkan beliau dari lemas.


2) Yakin dengan kelebihan diri sendiri walaupun kelebihan itu dianggap remeh.

Pemuda tersebut pada mulanya akur dengan segala leteran professor yang mengecil-gecilkan keupayaannya tetapi apabila sampan yang dinaiki mereka bocor dan dililmpahi air, professor mula gusar kerana tidak tahu berenang. Lantas pemuda tersebut berkata "Kalau begitu kamu akan kehilangan seluruh kehidupan kamu,". Ternyata pemuda tersebut begitu yakin dengan kelebihan yang dia ada walaupun tidak standing dengan kehebatan seorang professor. Begitu juga dengan diri kita walaupun tidak sehebat dan sebijak orang lain, kita harus yakin bahawa Allah tidak menciptakan hambanya sia-sia. Ada kelebihan pada diri masing-masing, cuma mungkin belum diekplotasi dan kita sedari.


3) Kita saling melengkapi

Kelebihan dan kelemahan terdapat pada diri kita dan orang lain menjadikan kita saling memerlukan antara satu sama lain. Contohnya seorang doktor memerlukan tukang cat untuk mengecat rumahnya apabila tiba musim perayaan dan tukang cat memerlukan doktor ketika sakit. Banyak lagi contoh yang terdapat di sekeliling kita yang menunjukkan hakikat bahawa kita saling melengkapi. Kelemahan yang kita ada boleh diatasi dengan kelebihan orang lain dan kelebihan yang kita ada boleh membantu kelemahan orang lain. Tetapi jangan menggunakan kelebihan yang ada untuk menindas kelemahan orang lain, dan jangan menggunakan kelemahan kita untuk mengambil kesempatan terhadap kelebihan orang lain.


4) Bersyukur

Apabila kita dikurniakan pelbagai kelebihan, kekadang kita lupa untuk bersyukur Allah. Janganlah kita berasa selesa dengan kelebihan yang ada kerana ada ujian yang pasti tiba bersesuaian dengan firman Allah:

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (al-anfal: 28)

Allah jadikan sakit supaya orang yang sakit merasa betapa beruntungnya sihat dan orang yang sihat apabila melihat orang yang sakit seharusnya bersyukur dengan nikmat sihat dengan melakukan ibadah kepadaNya. Begitu juga dengan nikmat kaya, lapar, bijak dan sebagainya.


Renung2kan dan selamat beramal (^_^)